Wednesday, November 11, 2009

Huraian & Sukatan Pelajaran MPV Pemprosesan Makanan

Pinggan & Mangkuk

Ni lah gambar anak-anak buah kesayangan !!!!!!

Pengenalan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Pemprosesan Makanan

Pemprosesan Makanan adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap penguasaan kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung semasa menjalankan kerja amali. Pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi. Pembelajaran bidang pengurusan dan keusahawanan perlu digabungjalinkan untuk membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan menceburi industri makanan atau menjalankan perniagaan sendiri. Kemahiran yang diperoleh hendaklah seiring dengan apa yang diperlukan dalam industri makanan dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.